{"id":6324976,"date":"2018-10-18T08:16:56","date_gmt":"2018-10-18T00:16:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/?p=6324976"},"modified":"2021-07-06T00:07:32","modified_gmt":"2021-07-05T16:07:32","slug":"maybank-nestle-dan-petronas-jadi-pilihan-lepasan-universiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/maybank-nestle-dan-petronas-jadi-pilihan-lepasan-universiti\/","title":{"rendered":"[Utusan Melayu] Maybank, Nestle dan Petronas jadi pilihan lepasan universiti"},"content":{"rendered":"\r\n<p>KUALA LUMPUR 17 Okt. &#8211; Maybank, Nestle dan Pet\u00adroliam Nasional Berhad (Petronas) muncul sebagai tiga jenama teratas pilihan lepasan universiti sempena Anugerah Pilihan Lepasan Universiti 2018.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Petronas meraih Augerah Jenama Majikan Terbaik dalam kategori kejuruteraan manakala Maybank bagi kategori perban\u00adk\u00adan, AirAsia bagi kategori e-dagang dan Sunway Group pula bagi kategori hartanah.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Pemenang lain bagi anugerah tersebut termasuklah IKEA Malaysia bagi kategori peruncitan, AIA Bhd. (insurans), Nestle (barang pengguna fast-moving), Operasi Perniagaan Shell (per\u00adkhidmatan perkongsian), Microsoft (teknologi maklumat dan komunikasi) dan PWC Malaysia (perakaunan dan perkhidmatan profesional).<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Timbalan Ketua Pengarah Pe\u00adngajian Tinggi (Sektor Swasta), Dr. Mohd. Nor Azman Hassan berkata, anugerah tersebut mengiktiraf kecemerlangan da\u00adlam kalangan organisasi sekali gus merapatkan jurang antara in\u00addustri dan akademik.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u201cAdalah penting untuk mencapai komitmen kerajaan me\u00adngubah sistem pendidikan Malay\u00adsia supaya mampu bersaing de\u00adngan kesejahteraan industri glo\u00adbal yang sentiasa berubah,\u201d katanya dalam majlis anugerah tersebut.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Majlis Anugerah Pilihan Le\u00adpa\u00adsan Universiti 2018 dihadiri lebih 400 individu terdiri daripada pelbagai institusi pendidikan tinggi awam dan swasta serta pe\u00admimpin pelajar.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Wakil daripada pelbagai orga\u00adnisasi korporat dan tetamu jemputan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Anugerah tersebut menyaksikan lepasan universiti daripada lebih 100 kampus merentasi seluruh negara mengundi jenama majikan yang menjadi pilihan mereka melibatkan 360 syarikat yang dicalonkan dalam 10 kate\u00adgori.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Sementara itu, menurut Pe\u00adngasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hrincampus, Ben Ho, penganjuran anugerah tersebut merupakan satu kejayaan besar berdasarkan penglibatan daripa\u00adda organisasi korporat dan universiti.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u201cSaya percaya ini menunjukkan betapa pentingnya majikan untuk mendekati para pelajar ini dan membuat pengambilan pekerja dalam kalangan graduan sebagai sebahagian daripada pro\u00ad\u00adses pengambilan pekerja yang strategik,\u201d katanya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Sementara itu dalam carian di laman web Jobstreet.com mendapati Maybank kekal menjadi majikan paling popular dengan mendapat 1,177 penarafan diikuti CIMB Group (679), Telekom Malaysia Berhad (631), RHB Banking Group (573) dan Celcom (557).<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Lima lagi syarikat paling popular dalam kalangan pencari kerja termasuklah Public Bank Berhad (510 penarafan), Malaysia Airlines Berhad (476), Hong Leong Bank Berhad (449) dan IBM Malaysia Sdn. Bhd. (425),<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Pada Jun tahun lalu, Maybank kekal menjadi syarikat tersenarai awam terbesar di Bursa Malaysia dengan modal pasaran mencecah RM100 bilion, menja\u00addikannya sebagai syarikat pertama dalam bursa yang berjaya meraih ang\u00adka tersebut.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><strong>Jenama majikan pilihan lepasan universiti \u2028mengikut kategori<\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 Petronas : Kejuruteraan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 Maybank : Perbankan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 AirAsia : E-dagang<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 Nestle : Barang pengguna \u2028 fast-moving<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 AIA Bhd. : Insurans<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p><strong>Majikan paling popular dalam laman web\u00a0<em>Jobstreet.com<\/em><\/strong><\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 Maybank : 1,177 penarafan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 CIMB Group : 679 penarafan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 Telekom Malaysia Berhad: 631 penarafan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 RHB Banking Group: 573 penarafan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>\u2022 Celcom : 557 penarafan<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n<p>Artikel Penuh:\u00a0<a href=\"http:\/\/www.utusan.com.my\/bisnes\/korporat\/maybank-nestle-dan-petronas-jadi-pilihan-lepasan-universiti-1.769546#ixzz5Z2yRBFHV\">http:\/\/www.utusan.com.my\/bisnes\/korporat\/maybank-nestle-dan-petronas-jadi-pilihan-lepasan-universiti-1.769546#ixzz5Z2yRBFHV<\/a><br \/>\u00a9 Utusan Melayu (M) Bhd\u00a0<\/p>\r\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anugerah tersebut menyaksikan lepasan universiti daripada lebih 100 kampus merentasi seluruh negara mengundi jenama majikan yang menjadi pilihan mereka melibatkan 360 syarikat yang dicalonkan dalam 10 kate\u00adgori.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6324581,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"ngg_post_thumbnail":0,"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[52,53],"yst_prominent_words":[467],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6324976"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6324976"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6324976\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":6329907,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6324976\/revisions\/6329907"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/media\/6324581"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6324976"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6324976"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6324976"},{"taxonomy":"yst_prominent_words","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.graduateschoiceaward.com\/sg\/wp-json\/wp\/v2\/yst_prominent_words?post=6324976"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}